Friday, March 24, 2017

Attention: Please

Attention: Please

I am Mr. Hassan Ahmed a banker in our bank here. I am writing to request your assistance to transfer the sum of $15,000.000.00 [Fifteen million, United States dollars) into your accounts.The above sum belongs to our deceased customer late Mr. Johnson kevin who died along with his entire family and since then the fund has been in a suspense account.

After my further investigation, I discovered that Mr.Johnson kevin died with his next of kin and according to the laws and constitution guiding this banking institution, it states that after the expiration of (7) seven years, if no body or person comes for the claim as the next of kin, the fund will be transferred to national treasury as unclaimed fund. Because of the static of this transaction I want you to stand as the next of kin so that our bank will accord you the recognition and have the fund transferred to your account.

The total sum will be shared as follows: 60% for me, 40% for you and all incidental expenses that may occur during the transfer process will be incurred by both of us. The transfer is risk free on both sides hence you will follow my instructions till the fund get to your account. More detailed information's with the official application form will be forwarded to you to explain more comprehensively what is required of you. You are free to call me through my private telephone number. +226 69011353

Your Full Name.......................... ...
Your Sex...................................
Your Age...................................
Your Country....................... ........
Your Occupation.................... ......
Your Personal Mobile Number......................

Thanks

Mr. Hassan Ahmed.

Thursday, March 10, 2011

Pengumuman Terbaru

Alhamdulillah, kesibukan kita mengharungi komitmen kerja masing-masing. Ana rasa ada baiknya kita mula lapangkan fikiran kita utk merancang percutian bagi menghadiri satu lagi program yang amat penting dalam Kalendar PAPISMA iaitu Konvensyen Kebangsaan Papisma yang akan berlangsung di Bukit Keluang Beach Resort, Besut, Terengganu pada 29 April – 1 Mei nanti.

Untuk memudahkan sahabat-sahabat sekalian mendaftar, di sini ana buat sedikit ringkasan. Harap dapat membantu semua buat pilihan yang terbaik.

1.       BOOKING dan BAYAR

Booking – boleh contact Kak Han atau Dr. Wan Mohd Razin
Bayaran adalah dengan cara POB (Pay On Booking) dan hendaklah dibuat dalam masa 2 hari selepas booking. Sekiranya didapati ahli tidak berbuat demikian, automatik booking tersebut terbatal.

Bayaran hendaklah dimasukkah ke dalam akaun PAPISMA Enterprise (MBB 563064115978: atau BIMB: 13017010812843). Setelah itu anda boleh SMS Bendahari KKP-9 (Kak Han di talian: 0199822951) atau SMS ke Dr. Wan Mohd Razin (013-9272125)

2.       APA YANG PERLU DIBAYAR

a.       Jenis Bilik:
1. Standard (3 single bed) - RM150/d
2. Super (1 double dan 1 single) - RM160/d
3. Deluxe (1 double 1 single) - RM170/d
4. Double Storey (1 double 3 single) - RM180/d
5. Suite (1 double 4 single) - RM270/d
6. Villa (2 double 4 single) - RM500/d

b.      Bayaran Makan/Minum
Bayaran di bawah adalah bayaran keseluruhan makan minum sepanjang berada di KKP-9 iaitu sekali makan malam (nasi bungkus ketika sampai), 2 kali makan tengahari, satu barbeque di Gala Night dan 2 kali sarapan pagi.
Dewasa: RM115.00/pax
Kanak-kanak (6-12 tahun): RM65.00/pax.

3.       CONTOH PENGIRAAN
a.       Satu Keluarga (Suami + Isteri + 2 anak umur 6 – 12 tahun + 2 anak 5 tahun ke bawah)
·   Bilik deluxe – RM 170 x 2 malam = RM 340
·   Makan – (RM 115 x 2) + (RM 65 x 2) = RM 360
·   TOTAL = RM 700 sahaja

b.      Satu Keluarga (Suami + Isteri + 2 Mertua + 1 anak umur 13 thn + 2 anak umur 6-12 thn)
·   Bilik Suite – RM 270 x 2 = RM 540
·   Makan – (RM 115 x 5) + (RM 65 x 2) = RM 705
·   TOTAL = RM 1245 sahaja

c.       Satu Kumpulan (8 orang doctor)
·   Bilik Villa – RM 500 x 2 = RM 1000
·   Makan – RM 115 x 8 = RM 920
·   TOTAL = RM 1920 , so RM 240 seorang.

Oleh itu ana berharap kita semua dapat merancang sebaik mungkin untuk memastikan KKP ini berlangsung dengan jayanya dan memberikan kebaikan kepada kita semua.

P/S : Detail tentang KKP sila layari http://konvensyen-kebangsaan-papisma.blogspot.com/

SEMOGA BERJUMPA DI SANA

Saudara kamu dalam Jemaah

DR. WAN MOHD RAZIN WAN HASSAN
(Pengarah KKP 2011)

Monday, February 28, 2011

Aturcara Program Konvensyen ke 9

 

Image

Hari Pertama

(29/4/2011 – Jumaat)

Program

2.30 pm – 6.00 pm

Pendaftaran Dan Check-In

Makan malam (hidangan bungkus) akan diberikan semasa pendaftaran*.

7.30 pm – 9.00 pm

Solat Maghrib Berjemaah

Kuliah 1: "Ukhuwwah Menjana Pengorbanan"

                Penceramah: Al-Fadhil Ustaz Kamaruzaman b. Abdullah

                Pengerusi:  Dr. Mohd. Ilham b. Ismail

Solat Isyak Berjemaah

9.30  pm – 10.00 pm

Mengimbas Detik Perjuangan PAPISMA (Slide Show)

Oleh:  Dr. Suhazeli b. Abdullah

(Mantan Presiden PAPISMA)

10 pm – 11.30 pm

Forum : MENGENALI KEHEBATAN PAPISMA

Ahli Panel:

1. Dr. Awisul Islah b. Ghazali

(Pakar Anaesthesiology – Presiden PAPISMA)

2. Dr. Arif Mohd. Noor

(Pakar Psikiatrik HRPZ II – JK Penaja SPI)

3. Prof. Madya Dr. Zakuan Zainy b. Deris

(Pakar Pathology HUSM – Timbalan Pengerusi Tetap PAPISMA)

4. Dr. Tuan Fairuz b. Tuan Islmail

(Ketua Generasi Muda PAPISMA)

Pengerusi :  Mr. Husain b. Mohamad

*Peserta dikehendaki memberikan jumlah makanan yang diperlukan semasa booking.

Hari Kedua

(30/4/2011 – Sabtu)

Program

5.00 am  – 7.30 am

Qiamullail / Solat Subuh /

Kuliah 2: "TARBIYAH NADI KEHIDUPAN PEJUANG" @

                "DI MANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA JALAN"

Penceramah :

                Al-Fadhil Ust. Nik Zawawi b. Nik Salleh

                Pengerusi: Dr. Tengku Abd Kadir b. Tengku Zainal Abidin

8.00 am – 8.30 am

Sarapan pagi

(Dewan ….)

9.00 am – 12.00 pm

MESYUARAT AGONG PAPISMA KE-9

 

Acara untuk Kanak-Kanak Bermula:

12.30 pm – 1.15 pm

Makan Tengahari

1.30 pm

Solat Zohor Berjemaah

2.30 pm – 4.00 pm

Perasmian

Oleh:     YB Dr. Mohd Hatta b. Ramli

(Pengerusi: Dr. Md Arif b. Ibrahim)

4.30 pm

Solat Asar Berjemaah

5.00 pm – 6.30 pm

Sukaneka

7.30 pm

Solat Maghrib Berjemaah

8.00 pm – 10.30 pm

Dinner Dan Gala Night

(Restoran Anjung Bahtera, Kota Putra)

Acara:

Barbeque Dinner / Persembahan Zon / Penyampaian Hadiah Pertandingan Dan Sukaneka / Majlis Penganugerahan

Pengerusi:

Dr. Tuan Mohd Fairuz b. Tuan Ismail

Dr. Hazizul Helmy b. Hamad

 

Hari Ketiga

(1 Mei 2011 – Ahad)

Program

5.00 am – 7.20 am

Qiamullail / Solat Subuh /

 Kuliah 3: "DICAMPAK KE LAUT MENJADI PULAU, KE DARAT MENJADI BUKIT"

Penceramah:

                Ust. Wan Azhar b. Wan Ahmad

Pengerusi:  Dr. Ahmad Wazi b. Ramli

7.30 am – 8.30 am

Sarapan Pagi

9.00 am – 12.00 pm

Mesyuarat Koperasi Amalmedic

12.30 pm – 1.30 pm

Makan Tengahari

Lunch Talk : SERVIER

2.00 pm

Bersurai Dan Check-Out

 




Ikhlas Dari:








Sunday, February 13, 2011

MEMPERKASA TARBIYAH MENJANA KECEMERLANGAN JAMAAH

Unit Publisiti

Mukaddimah
Sebagaimana yang kita tunggu-tunggu, JK Penganjur KKP-9 (2011) telah berjaya membuat beberapa keputusan penting bagi membolehkan semua ahli merancang percutian bagi menjayakan KKP-9 kali ini yang bertemakan:

"MEMPERKASA TARBIYAH MENJANA KECEMERLANGAN JAMAAH"

Marilah kita bersama mengimarahkannya untuk memantapkan tarbiyah, mengeratkan ukhuwah dan bermuhasabah mencari redha Allah melalui perjuangan PAPISMA. Sesungguhnya dari satu sudut, kita amat bertuah berada di dalam jemaah Islam kerana pengorbanan kita dari sudut apapun dan sekecil manapun adalah dikira sebagai amal soleh. Meskipun secara tersuratnya kita akan bercuti dan bersuka-ria, namun tersiratnya kita sedang melaksanakan satu perintah Allah bagi menguatkan saf perjuangan dari posisi Perubatan dan Kesihatan. Pengorbanan kita akan mendapat ganjaran yang besar, ukhuwwah dan silaturrahim kita akan menjadi tiket untuk mendapat naungan 'arasy Allah di hari di mana tiada naungan kecuali naungan-Nya, insyaAllah. Malah AGM yang akan kita lalui membolehkan kita menggapai apa yang Allah janjikan dalam hadis Rasul-Nya yang bermaksud; "berfikir sejenak (untuk meninggikan Islam) adalah lebih baik dari solat sunat 60 tahun"...Subhanallah...

Lokasi
KKP-9 ini akan diadakan di Bukit Keluang Beach Resort, Besut, Terengganu.

http://www.cuti.com.my/album/albums/userpics/11539/kbesut-accm.gif

Program
KKP kali ini akan diisi dengan program-program berikut:
1. 3 Kuliah motivasi dan 2 qiamullail bagi meningkatkan tarbiyah dan semangat perjuangan.
2. Forum yang akan menampilkan figure-figure PAPISMA yang akan mencabar minda.
3. Pengkisahan semula detik-detik perjuangan PAPISMA melalui slide show yang akan menggugah emosi.
4. Program sukaneka yang melibatkan ibubapa dan anak-anak yang akan mengeratkan ukhuwwah dan mencetus muhibbah.
5. Pertandingan bakat anak-anak PAPISMA.
6. Program santai di kolam renang yang indah dan nyaman.
7. AGM bagi bermuhasabah diri dan menentukan halatuju tahun ini.
8. Perasmian yang akan dilakukan oleh figure terkenal PAPISMA yang merupakan national figure yang akan menyuntik semangat perjuangan.
9. Gala night sambil barbeque yang menghiburkan lara menghilangkan kepenatan.
10. Persembahan zon yang mencuit hati dan perasaan.
11. Penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan.
12. Anugerah Tahunan PAPISMA yang julung-julung kali diperkenalkan.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiUC35ILe6ao4F0LxDlGniHJQiXvUxMoHeDwHHTVLb8rHrmELrWlRs6LZIeECFzriS-u80DFIWxBrMzrkQ1DWmYgzgnqbM1Ev_BOpNB29k3M1dBixAR22uZN_A_ERJmSCzeZNlezIAbu4JL/s1600/g002.jpg

Tenaga-Tenaga Penceramah Yang Terkenal Hebat

1. Ust. Kamaruzaman Abdullah (Bekas Pensyarah KUSZA - kini UNISZA)
2. Ust. Nik Zawawi b. Nik Salleh (Bekas YB)
3. Ust. Wan Azhar

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhMQKpIUKnfCyb1E4BflhI6oIJYIvpwTu4XZEFprOQk2o2roaqwzTgjYWttho4J0JjjqhH6Ktgi02vorfDFq8nB_ILFFRonPUJr6vpn8usERn4myhQXxY7WTPUHWuAGeyqJhSm2BhhGp-rx/s1600/g022.jpg

Cara Bayaran
Bayaran adalah dengan cara POB (Pay On Booking). Ertinya, ahli dikehendaki membuat bayaran pada masa booking. Samada semasa menghantar nama itu dah membuat bayaran, atau bayaran dibuat dalam masa 2 hari selepas booking. Sekiranya didapati ahli tidak berbuat demikian, automatik booking tersebut terbatal.

Bayaran hendaklah dimasukkah ke dalam akaun PAPISMA Enterprise (MBB 563064115978: atau BIMB: 13017010812843). Setelah itu anda boleh SMS Bendahari KKP-9 (Kak Han di talian: 0199822951) atau SMS ke Dr. Wan Mohd Razin (013-9272125)

Kadar Bayaran
Kadar bayaran adalah berdasarkan kepada pilihan bilik, bilangan dan umur ahli keluarga. Ahli boleh memilih bilik yang mereka suka. Bilangan umur dan ahli keluarga pula adalah untuk menentukan kadar makanan yang perlu dibayar kerana ia berdasarkan kepada umur. Ertinya ia adalah cukup terbuka untuk ahli memilih bilik mengikut kehendak dan keperluan mereka. Setelah berbincang dengan pihak resort untuk meminimakan harga sebaik mungkin, di bawah adalah harga yang telah dipersetujui dan dirasakan sangat berpatutan.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjllO43iqO5DsesRajaDDzuo76xZDXZmyNYObUFeIcHCI9cPqcSjqLVNDHsITGcua9-vTWOh8J8YmsJg_1yNSg4Amq99P-49JAyukyUMB0sTiZ3zLkacqBVJBwVqsNjlabOmuWZiD0-SEug/s1600/g019.jpg

Jenis Bilik
:
1. Standard (3 single bed) - RM150/d
2. Super (1 double dan 1 single) - RM160/d
3. Deluxe (1 double 1 single) - RM170/d
4. Double Storey (1 double 3 single) - RM180/d
5. Suite (1 double 4 single) - RM270/d
6. Villa (2 double 4 single) - RM500/d

Bayaran Makan/Minum
Bayaran di bawah adalah bayaran keseluruhan makan minum sepanjang berada di KKP-9 iaitu sekali makan malam (nasi bungkus ketika sampai), 2 kali makan tengahari, satu barbeque di Gala Night dan 2 kali sarapan pagi.
Dewasa: RM115.00/pax
Kanak-kanak (6-12 tahun): RM65.00/pax.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi5aOtAZ2oPUF_TtDQBC_5zykmcsonEqLhaJdPC9ZDL2M4u0dFCXO1YOlp2xeU-wqrGTmYBb79zQyBZteZAy_qEMqgtQSICBQ0mdOr9YjVUAPRhsPW9Hl84dtQTnjqpuM06A182zQ-C9xFN/s1600/g013.jpg

Peserta Single
Bagi peserta yang single (atau yang akan hadir single), kadar bayaran saudara/i adalah mengikut tempahan bilik dan makanan adalah untuk seorang dewasa. Walau bagaimanapun, kami akan refund duit saudara/i mengikut jumlah ahli yang menduduki bilik tersebut. Contonya bilik Standard mempunyai 3 katil berharga RM300 sebuah (RM150/night). Ertinya jika 3 orang menduduki bilik tersebut, seorang hanya perlu membayar RM100.00, maka RM200 akan dipulangkan semula.

Peserta Yang Pulang Awal
Bagi peserta yang pulang awal, mereka adalah tertakluk kepada bayaran di atas juga dan dikira sebagai 2 hari menginap. Mudah-mudahan duit yang anda keluarkan akan menjadi sedekah jariah.

Pengumuman selanjutnya akan menyusul...



Ikhlas Dari:









Thursday, February 10, 2011

Ahlijawatankuasa Konvensyen Kebangsaan Papisma 9

Penasihat                    : Dr. Awisul Islah bin Ghazali

Pengarah                     : Dr. Wan Mohd Razin biun Wan Hasssan

Timbalan Pengarah    : Dr Termizi  Hassan Meshat

Setiausaha                   :  Dr Md Arif bin  Ibrahim

Bendahari                    : Dr Zaihan binti Salleh

Publisiti                         : Dr Roslan Yusof
                                         Dr Suhazeli bin Abdullah


Pengurusan Program:
                              Ketua:
                              Dr Hazizul Helmy bin  Hamad@Ahmad
                               Ahli:
                               Mr Husain bin Mohamad
                               Dr. Tuan Mohd Fairuz bin Tuan Ismail
                               Dr. Mohd Ilham bin Ismail
                               Dr. Wan Ahmad Asyraf bin Md Adnan
                               Dr. Norhasimah binti Ismail
                               Dr. Najihah Mahfuzah binti Zakaria
                               Dr. Raja Fauzana
                               Dr. Nurul Atikah


Cenderahati         : Dr. Norhasimah binti Ismail
                                Dr. Che Faridah binti Ismail

Protokol               : Dr Wan Mohd Razin bin Wan Hassan

Makanan/minuman : Dr Termizi bin Hassan Meshat

Pendaftaran              : Dr. Salman   Amiruddin
                                     Dr. Nor Haizi binti Ali
                                     Dr. Zaihan binti Salleh
                                     Ustazah Sumayyah binti Abd. Aziz

Tugas-tugas Khas   : Mohd  Redhuan    bin   Mohd Noor           
                                  Dr.  Mohd Rozi bin Mamat
                                  Dr. Abdul Muhaimin bin Abdullah
                                  Dr. Raja Fauzana
                                  Dr. Nurul Atikah

Penggambaran                : Dr. Roslan bin Yusof

Monday, January 31, 2011

Selamat Datang ke Konvensyen Kebangsaan Papisma 2011

Saya mengucapkan selamat datang ke laman web rasmi Konvenysen Kebangsaan Papisma ke 9 (2011). Konvensyen tahunan ini bertujuan mengukuhkan matlamat perjuangan papisma serta mempereratkan lagi tali silaturrahim sesama ahli.